Habitat Duku Langsat

Bentuk buah Duku Langsat hampir sama dengan Langsat.

Pokok ini mudah tumbuh seperti kebanyakan pokok buah-buahan tropika iaitu di kawasan tropika & subtropika panas. Selalunya ia ditanam sebagai tanaman selingan di kebun kelapa atau durian. Seperti juga pokok manggis, rambutan dan pokok buah-buahan lain yang berfungsi sebagai pokok peneman yang memberi naungan. Ia tumbuh subur hanya dalam persekitaran terlindung dan lembap dengan ketinggian sehingga 800 m.